PERMATA PINTAR
Ujian UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk menyertai program-program berikut:
1) Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar UKM-JHU (untuk pelajar 9-15 tahun/Tingkatan 3 pada 2015)
2) Program PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar 8 tahun / Darjah 2 pada tahun 2015 dan beragama Islam)
3) Kolej PERMATApintar ASAS 1 2015 di UKM (untuk pelajar 11-12 thn pada tahun 2015)
4) Kolej PERMATApintar TAHAP 1 2015 di UKM (untuk pelajar 14-15 thn pada 2015)
PERHATIAN,
MURID TAHUN 2 HINGGA 6
SILA JAWAB SOALAN PERMATA PINTAR
SILA KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT: PERMATA PINTAR 2015
JAWAP SOALAN DENGAN MELAYARI
http://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx.
UNTUK GURU KELAS!!!!
NOTA PENTING
1. Bagi pelajar yang pernah mengambil ujian UKM1 pada tahun-tahun yang lepas, setelah
memasukkan nombor mykad/mykid, anda hanya perlu mengemaskini maklumat pelajar, maklumat
sekolah (jika berpindah sekolah) dan maklumat keluarga (supaya pihak pengurusan
PERMATApintar, KPM/JPN/PPD dapat menghubungi keluarga pelajar bagi urusan ujian
UKM2 dan tawaran ke program perkhemahan cuti sekolah).
2. Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang
lain semasa menjawab soalan dalam ujian saringan ini. Pelajar hanya dibenarkan mengambil
ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar perlu memasukkan maklumat peribadi, sekolah
dan ibu bapa atau penjaga sebelum memulakan ujian saringan ini. Ibubapa, penjaga
atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah
dan ibu bapa atau penjaga sahaja. Sekiranya orang dewasa yang membuatkan ujian ini
untuk pelajar dan pelajar berjaya untuk menduduki UKM2, orang dewasa telah menganiaya
pelajar berkenaan dan juga menyusahkan pihak kami mengaturkan sesi ujian dan pusat
ujian. Setiap tahun kami dapati ada beberapa pelajar tidak dapat melakukan ujian
UKM2 termasuk tidak tahu menggunakan komputer. Setelah ditemu bual, pelajar memberitahu
bahawa mereka tidak pernah mengambil ujian UKM1; ujian dibuat oleh orang lain. Kami
juga dapat mengesan ada guru yang membuat ujian ini untuk pelajar.
3. Terdapat aduan yang pihak kami terima iaitu mengambil masa yang lambat untuk
mengakses laman ujian ini. Server ujian sentiasa dipantau penggunaannya dengan jumlah
pengguna yang bersesuaian. Jika terdapat kelambatan mengakses, ia berkemungkinan
kelajuan internet di sekolah yang menghadapi masalah kerana ia boleh menampung beberapa
pengguna serentak dalam sekolah berkenaan.
4. Terdapat panggilan telefon kepada kami. Pihak kami amat menghargai jika sebarang
kemusykilan atau pertanyaan diajukan melalui emel permatapintar@ukm.my kerana
komunikasi ini direkodkan dan pihak kami akan memanjangkan kepada pihak lain yang
dipertanggungjawabkan.
MASALAH KOD SEKOLAH
a) Bagi sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran dan MRSM, sekiranya kod sekolah adalah
seperti XXX2013448522, ini bermakna kod adalah salah. Gunakan panduan carian sekolah
diberi semasa mengisi maklumat sekolah. Sila pastikan anda memilih negeri
terlebih dahulu dan gunakan satu perkataan kata kunci yang unik.
b) Sekiranya sekolah-sekolah sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran dan MRSM yang
baru dibuka pada pertengahan tahun 2013, 2014 dan 2015, harap dapat maklumkan
kepada kami melalui emel permatapintar@ukm.my untuk kami dapatkan kod sekolah.
c) Bagi sekolah persendirian dan sekolah rendah agama yang tidak berdaftar di Kementerian
Pelajaran, sekolah ini boleh didaftarkan sebagai sekolah baru dan akan mendapat
kod XXX2013448522 dan pihak PERMATApintar akan menetapkan kod untuk sekolah berkenaan.
d) Jika sekiranya menghadapi masalah untuk mendaftar sekolah sila berikan maklumat
sekolah (nama sekolah, alamat lengkap, telefon, faks dan emel sekolah) kepada permatapintar@ukm.my
untuk didaftarkan dan diberi kod sekolah.
e) Sebarang pertanyaan tentang ujian ini boleh
dikemukakan kepada alamat permatapintar@ukm.my.
Sila sertakan maklumat
berikut di dalam email tuan/puan:
1. *MYKAD/MYKID#:
2. *Nama Penuh:
3. *Nama Sekolah:
4. *Alamat sekolah:
5. *Negeri Sekolah:
UNTUK PARA GURU SEKOLAH SAHAJA (KEMASUKAN DATA BERKELOMPOK. 50 pelajar ke atas.)
1. Download Excel FORMAT di sini: a) Excel XLSX Format b) Excel XLS Format
2. Masukkan maklumat yang diperlukan bagi pelajar BARU sahaja.
3. Sila ikut format yang telah ditetapkan. Contoh juga disertakan.
4. Jangan tukar nama 'HEADER' bagi setiap lajur yang telah ditetapkan.
5. Email ke permatapintar@araken.biz
6. Fail akan diproses dalam masa 2-3 hari bekerja. Tuan/Puan akan dimaklumkan setelah fail diproses.
No comments:
Post a Comment