SEJARAH SEKOLAH










  2016

Fizikal  Sekolah

Sk Jeli 2 didirikan di atas tanah yang bernombor lot 1038 dan keluasannya ialah 6.479 ekar.
Sekolah ini terdiri daripada 3 blok bangunan iaitu blok
A (Anggun)
B (Bestari)
C (Ceria)
NO SEKOLAH  : DBA 9013
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN JELI (2)
ALAMAT SEKOLAH : 17600 JELI, KELANTAN.
NO. TELEFON  : 09 9440727
NO LOT   : PT 1038
NO GERAN  : H.S.D.J. 3/90
LUAS  : 2.622 HEKTAR (26215m2) ATAU 6.479 EKAR





SEJARAH   PENUBUHAN  SEKOLAH





Pada tahun 1993 didapati bilangan pelajar di SK Jeli telah bertambah dengan pesatnya. Maka dengan itu pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan telah menubuhkan sebuah sekolah lain untuk menampung pertambahan tersebut. 

ada 1 Januari 1994 Sekolah Kebangsaan Jeli (2) telah diwujudkan dan ianya telah mula beroperasi di sebelah petang menumpang tiga blok bangunan SK Jeli (1). Sebanyak 10 buah bilik darjah telah digunakan dengan murid seramai 350 orang. Kesemua murid ini bersama-sama 11 orang guru mereka telah diturunkan dari SK Jeli (1) yang beroperasi di sebelah pagi. Pada tahun tersebut sekolah ini hanya menerima murid Tahun 1, 2, 3 dan 4 sahaja.
SK Jeli (2) telah menumpang di SK Jeli (1) selama setahun sehinggalah pada 14 Januari 1994, seorang Guru Besar, 5 orang guru sandaran dan seorang PAR dihantar bertugas di sekolah ini.

Pada 20 November 1994 SK Jeli (2) telah berpindah ke bangunannya sendiri yang terletak lebih kurang 1 km dari SK Jeli (1). Pada awal persekolahan perabut dan kerusi meja murid tidak mencukupi. Begitu juga dengan meja dan kerusi guru. Sebulan kemudian segala kelengkapan tersebut diterima sepenuhnya. Pada tahun kedua (1995) bilik darjah telah bertambah kepada 13 dan jumlah murid bertambah kepada 510 orang. Jumlah guru juga telah bertambah kepada  23 orang.


Nama Sekolah Kebangsaan Jeli (2) telah mula digunapakai pada 1 Januari 1994.Sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Jeli (2) kerana ia adalah pecahan daripada sekolah asalnya iaitu Sekolah Kebangsaan Jeli (1).
Urusan pentadbiran awal telah dipikul oleh Puan Salmah bt Deraman selaku GK PenTadbiran dan dibantu oleh Pn Che Kamariah bt Mat Saleh sebagai GK HEM dan En. Mohd Apipi b Hj Abd Razak sebagai GK Ko-Kurikulum. Mereka ini telah dipilih oleh Tn. Hj. Afendi b Abdullah,  Guru Besar SK Jeli (1) pada masa itu. 

Pada 16 Januari 1994 En. Harun b Yaacob telah melaporkan diri sebagai Guru Besar pertama Sekolah Kebangsaan Jeli (2). Keramaian murid sekolah ini telah bertambah dengan mendadak setahun kemudiannya.
Pada Tahun 1995 sekolah ini telah dipilih untuk dilawati oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ketika itu iaitu Dato’ Dr Hj Wan Mohd Zahid b Nordin pada 22 April 1995 dan pada 1 September 1995 pula sekolah ini telah dilawati oleh tetamu negara yang istimewa iaitu Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib b Tun Abdul Razak Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.



MERAH 






Warna

merahmelambangkan semangat murid yang aktif dan berpotensi

birumelambangkan perpaduan, keteguhan, dan penyayang

kuningmelambangkan kedaulatan
hijaumelambangkan kesuburan, kesegaran dan keislaman

objek :
akademik – 3 buah buku menggunakan warna asas (kuning, merah, biru) sebagai asas ilmu pengetahuan yang akan mencorakkan warna yang lebih menarik dimasa akan datang
3 mewakili murid, guru, dan masyarakat yang sentiasa berkerjasama dari semasa ke semasa

ko-kurikulumgelung rotan lima berangkai melambangkan  ikatan beratdan teguh antarasatu sama lain
empangan pergau di jeli sebagai identiti daerah jeli

Perkataan

a. sekolah kebangsaan jeli 2 – nama sekolah yang rasmi
b. bermuafakat capai kecemerlangansebagai moto sekolah
c. 1994 – tahun peneubuhan sekolah ini     




BENDERA 



MERAH MELAMBANGKAN SEMANGAT  MURID YANG AKTIF DAN BERPONTENSI

BIRU  MELAMBANGKAN  SEMANGAT  PERPADUAN, KETEGUHAN DAN PENYAYANG


PETA SEKOLAH





visi sekolah

sekolah unggul penjana generasi gemilang


misi sekolah
sekolah terunggul dalam bidang Pengurusan, kurikulum, sahsiah, kokurikulum dan kewangan menjelang 2019.


Matlamat
* memberi perkhidmatan yang cekap , tepat, telus, dan     cemerlang kepada pelanggan

* lulus 100% UPSR, CELIK 4M TAHAP SATU, PENINGKATAN PENCAPAIAN DALAM PBS DAN 100% SIAP KERJA RUMAH

* MEMENTINGKAN KEBAJIKAN MURID, MEWUJUBKAN SUASANA SEKOLAH PENYAYANG DAN KEHADIRAN 100%

*MENINGKATKAN PENGLIBATAN MURID DALAM SUKAN, MELAHIRKAN  MURID SIHAT, CERDAS DAN CERGAS

*PENGURUSAN KEWANGAN  YANG CEKAP DAN MUDAH DIAKSES


MOTO SEKOLAH


SKJ2 BE NUMBER ONE
EXCELLENT







Pengurusan sekolah ditadbir  oleh:
 2016
Tuan Guru Besar       : En Che Azid bin Hj Nor
PK Pentadbiran         : En. Zulkipli bin Jusoh
PK Hal Ehwal Murid : Pn.A'pipah bt Mat Nor
PK Ko Kurikulum      : En Shamsul Bahri Abd Manap
2015
Tuan Guru Besar  En Zakaria bin Deris
Penolong Kanan Pentadbiran  En. Zulkipli bin Jusoh
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn.Wan Senah bt Abdullah
Penolong Kanan Ko Kurikulum En Khairuzaman Ariffin

Pentadbiran sekolah turut dibantu oleh ahli jawatankuasa yang terdiri daripada guru SK Jeli 2 serta staff sokongan.



No comments:

Post a Comment