Monday, February 17, 2014

UJIAN PERMATA PINTAR UKM1/2014




GURU KELAS  , SILA AMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA....

UJIAN UKM 1 2014 KINI DIBUKA


Ujian ini dijalankan mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun. Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat yang dikendalikan oleh pusat ini dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara. Ujian ini adalah percuma dan boleh diambil di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet.
 *Nota Penting:
1. Bagi pelajar yang pernah mengambil ujian UKM1 pada tahun-tahun yang lepas, setelah memasukkan nombor mykad/mykid, anda hanya perlu mengemaskini maklumat pelajar, maklumat sekolah (jika berpindah sekolah) dan  maklumat keluarga (supaya pihak pengurusan PERMATApintar, KPM/JPN/PPD dapat menghubungi keluarga pelajar bagi urusan  ujian UKM2 dan tawaran ke program perkhemahan cuti sekolah).
2. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sahaja.
3.  Pelajar yang menamatkan ujian boleh mendapatkan Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Tahun 2013.  Sila masukkan nombor mykad/mykid anda di laman web http://ukm1.permatapintar.edu.my Sila pastikan kod sekolah adalah betul  sebelum dicetak.
a) Gunakan panduan carian sekolah diberi semasa mengisi maklumat sekolah.
b) Maklumat sekolah boleh dikemaskini dengan memasukkan nombor mykad/mykid di http://ukm1.permatapintar.edu.my dengan menggunakan panduan mengemaskini maklumat sekolah.
c) Bagi sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran dan  MRSM, sekiranya kod sekolah adalah seperti  XXX2013448522, ini bermakna kod adalah salah.
d) Bagi sekolah persendirian dan sekolah rendah agama yang tidak berdaftar di Kementerian Pelajaran,  sekolah ini boleh didaftarkan sebagai sekolah baru dan akan mendapat kod XXX2013448522 dan pihak PERMATApintar akan menetapkan kod untuk sekolah berkenaan.
e) Jika sekiranya menghadapi masalah untuk mendaftar sekolah sila berikan maklumat sekolah (nama, alamat lengkap, telefon, faks dan emel (sekiranya ada) kepadapermatapintar@ukm.my untuk didaftarkan dan diberi kod sekolah.
4. Hanya guru sekolah yang diberi tanggungjawab menguruskan ujian ini dibenarkan untuk mendaftar pelajar secara berkelompok (lebih dari 50 pelajar) dan boleh dihantar secara berperingkat-peringkat (dalam satu fail lebih 50 pelajar) kepadapermatapintar@ukm.my.  
UNTUK PARA GURU SEKOLAH SAHAJA
Download Excel FORMAT di sini: a) Excel XLSX Format (Microsoft Excel 2007 ke atas)   b) Excel XLS Format (Microsoft Excel 2003 dan ke bawah)

Sila ke http://ukm1.permatapintar.edu.my/ untuk mengambil ujian UKM1.

Wednesday, February 12, 2014

MAJLIS PELANCARAN MENTOR MENTEE 2014

TARIKH PELANCARAN:9  FEB 2014
TEMPAT: DATARAN WAWASAN
PERASMIAN OLEH: TUAN GURU BESAR
SASARAN:
MURID TAHUN  ENAM
SEMUA GURU











WORD MANIA ON FROG VLE


LAWATAN 'TASK FORCE'PPD JELI 1/2014

TARIKH:10 FEB 2014
PELAWAT: ROMBONGAN  PPD  JELI
AGENDA:

9.00 PAGI - 11.00 PAGI  - e-CAKNA PdP  dan  Pengurusan  Fail  berdasarkan Jaminan Kualiti
11.00 - 12.30 tgh hari - Laporan  dan Dapatan  PPD  kepada pihak pentadbir
1.00-2.00 - Pembentangan oleh kedua-dua pihak