GURU KELAS , SILA AMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA....
UJIAN UKM 1 2014 KINI DIBUKA
Ujian ini dijalankan mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap
tahun. Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat yang dikendalikan
oleh pusat ini dengan kerjasama Kementerian Pendidikan
Malaysia, Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan
Maktab Rendah Sains Mara. Ujian ini adalah percuma dan boleh diambil di
sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet.
*Nota Penting:
1. Bagi pelajar yang pernah mengambil ujian UKM1 pada
tahun-tahun yang lepas, setelah memasukkan nombor mykad/mykid, anda hanya
perlu mengemaskini maklumat pelajar, maklumat sekolah (jika
berpindah sekolah) dan maklumat keluarga (supaya pihak pengurusan
PERMATApintar, KPM/JPN/PPD dapat menghubungi keluarga pelajar bagi urusan
ujian UKM2 dan tawaran ke program perkhemahan cuti sekolah).
2. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar
untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sahaja.
3. Pelajar yang menamatkan ujian boleh mendapatkan
Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Tahun 2013. Sila
masukkan nombor mykad/mykid anda di laman web http://ukm1.permatapintar.edu.my. Sila
pastikan kod sekolah adalah betul sebelum dicetak.
a) Gunakan panduan carian sekolah diberi
semasa mengisi maklumat sekolah.
b) Maklumat sekolah boleh dikemaskini dengan memasukkan
nombor mykad/mykid di http://ukm1.permatapintar.edu.my dengan
menggunakan panduan mengemaskini
maklumat sekolah.
c) Bagi sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran dan
MRSM, sekiranya kod sekolah adalah seperti XXX2013448522,
ini bermakna kod adalah salah.
d) Bagi sekolah persendirian dan sekolah rendah agama yang
tidak berdaftar di Kementerian Pelajaran, sekolah ini boleh didaftarkan
sebagai sekolah baru dan akan mendapat kod XXX2013448522 dan
pihak PERMATApintar akan menetapkan kod untuk sekolah berkenaan.
e) Jika sekiranya menghadapi masalah untuk mendaftar sekolah
sila berikan maklumat sekolah (nama, alamat lengkap, telefon, faks dan emel
(sekiranya ada) kepadapermatapintar@ukm.my untuk
didaftarkan dan diberi kod sekolah.
4. Hanya guru sekolah yang diberi tanggungjawab menguruskan
ujian ini dibenarkan untuk mendaftar pelajar secara berkelompok (lebih
dari 50 pelajar) dan boleh dihantar secara berperingkat-peringkat (dalam
satu fail lebih 50 pelajar) kepadapermatapintar@ukm.my.
UNTUK PARA GURU SEKOLAH SAHAJA
Download Excel FORMAT di sini: a) Excel
XLSX Format (Microsoft Excel 2007 ke atas) b) Excel XLS Format (Microsoft Excel 2003 dan ke bawah)
Sila ke http://ukm1.permatapintar.edu.my/ untuk
mengambil ujian UKM1.