WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN JELI (2) DENGAN SUKACITANYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU YANG KE 42 KEPADA WARGA PENDIDIK.....
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia
Pemilihan Tema Hari Guru 2013 telah menerima persetujuan dan pengesahan dari
Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah
dipersetujui oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran
adalah:
GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk
membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang
dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan
murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir,
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta
beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM
2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada
kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid,
memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu
memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru
perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu
agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan
Negara.
GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA
senikata lagu tema
senikata lagu tema
"TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"
Demi menjayakan demi masa depan Malaysia
Menerusi pendidikan berkualiti
Di kota di desa
Ilmu dikongsi bersama
Membina potensi insan yang seimbang
c/o
Ayuhlah kita semua bersama satu suara
Melonjakkan pendidikan bertaraf dunia
Demi membangunkan insan kreatif inovatif
Transformasi pendidikan diutamakan
Bangunlah kita semua
Kejayaan di hadapan
Bersatu hati menjunjung hasrat yang
utama
Ayuhlah kita semua bersama padu tenaga
Menjanakan keilmuan demi masa depan
Malaysia...
ulang c/o
Demi membangunkan insan kreatif inovatif
Transformasi pendidikan diutamakan
Bangunlah kita semua
Kejayaan di hadapan
Bersatu hati menjunjung hasrat yang
utama
Ayuhlah kita semua bersama padu
tenaga
Menjanakan keilmuan demi masa depan
Malaysia...
No comments:
Post a Comment